Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan,
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan

Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia,

Nukilan: YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al Qadhi


Wednesday, March 17, 2010

Majlis Perasmian Pusat Latihan Rembau berlangsung meriah

Majlis perasmian Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Rembau telah selamat dirasmikan pada 13hb Februari 2010 pada jam 9.30mlm di Kg Pulau Hanyut, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat Latihan SCH Rembau akan menjadi pusat untuk menjalankan aktiviti persilatan dan aktiviti bersama penduduk setempat di sekitar Daerah Rembau.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 100 orang penduduk setempat dan warga SCH. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Lembaga Adat Luak Rembau - Dato Perba Haji Yahya b. Abd Gani, Pengerusi JKK Kg Pulau Mampat - Hj Daud b. Abd Latif, Imam 1 merangkap Nazir Masjid Pulau Mampat - Dato Hj Baharom b. Hasbullah (bekas hakim mahkamah syarie), YDP Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan - En Halim dan YDP Silat Cekak Hanafi Cawangan Melaka, En.Anuar Othman. Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, YM Tn Guru Hj Md.Radzi b. Hj Hanafi Al Qadhi.

Kami dari pihak persatuan turut merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu & ahli-ahli yang menghadiri dan menyokong usaha dalam memartabatkan Silat Cekak Hanafi kepada masyarakat. Pihak persatuan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana membuat liputan pada majlis tersebut.

Semoga Silat Cekak Hanafi subur di bumi Rembau & ke seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hidup Cekak Hanafi!