Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan,
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan

Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia,

Nukilan: YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al Qadhi


Tuesday, March 16, 2010

Salam perkenalan

Assalamualaikum

Salam perkenalan kepada semua yang melayari blog ini, sesungguhnya blog ini dicipta sebagai wadah untuk melontarkan pendapat dan pandangan mengenai Silat Cekak. Sebelum bibir manis berbicara,sebelum kata di susun elok lah terlebih dahulu kami memperkenalkan diri ini. Kami di beri nama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Negeri Sembilan yang berpangkalan Kg. Gadong Jaya,Gadong, Nilai Negeri Sembilan. Mungkin ada sahabat-sahabat yang pernah melalui jalan tersebut untuk menuju ke nilai atau KLIA. Penulisan ini lebih bermotifkan silat melayu asli khususnya Seni Silat Cekak Hanafi. Sebelum terlanjur kata,elok la kami menegaskan di sini bahawa kami Silat Cekak Hanafi Negeri Sembilan berpegang kuat dan bersumpah taat setia dan berdiri teguh di belakang PIMPINAN YM GURU UTAMA TN.HJ.MD RADZI BIN HJ.HANAFI. Ini bermakna kami ingin menjelaskan pendirian kami. Kami sedar bahawasanya mungkin ada di kalanggan pembaca ingin bertanya mengenai perguruan kami. Lebih elok la kami terlebih dahulu menyatakan perguruan kami sebelum kami meneruskan penulisan ini. Di harap agar blog ini menjadi wadah untuk kami berkongsi idea dan menerima pandangan dan pendapat untuk kami teruskan perjuangan ini. Akhir kata, Salam Perkenalan dari pada kami. "SATU SUARA,SATU HATI"