Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan,
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan

Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia,

Nukilan: YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al Qadhi


Saturday, March 20, 2010

Silat Cekak Hanafi di Mesyuarat Agung Kali ke 17 PESAKA Negeri Sembilan

Pada 13 hb Mac 2010, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan selaku ahli di dalam gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sembilan (PESAKA-NS) telah dijemput bagi menghadiri Mesyuarat Agung Kali Ke 17 yang diadakan di Klana Resort, Seremban. Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hassan.

Pihak persatuan telah menghantar seramai 4 orang wakil & 4 orang pemerhati pada mesyuarat yang lepas. Mesyuarat ini sebagai menunaikan tanggungjawab selaku ahli gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sembilan (PESAKA-NS) dan tanda kesediaan bagi kerjasama yang erat antara persatuan khususnya Cawangan Negeri Sembilan dengan lain-lain pertubuhan silat mahupun badan-badan bukan kerajaan yang lain.


Pada mesyuarat kali ini pihak persatuan diwakili oleh En Halim Bin Abdul Hamid, En Ismail Bin Alang, En Asmat Bin Katiman dan En Azrie Baqhtiar Bin Kamal Baharin. Manakala selaku pemerhati adalah En Zulraimizan Bin Abdul Shukor, En Rohaizad Bin Jamaluddin, En Nourlimaarof Bin Ramlee dan En Wan Ainul Ajahan Bin Wan Rushdan.

Harapan kami di Negeri Sembilan agar persilatan akan terus menjadi elemen penting dalam pendidikan generasi hari ini. Semoga idea-idea yang diperolehi dalam mesyuarat ini, dapat dimanfaatkan bagi memajukan Silat Cekak Hanafi khususnya.