Pihak persatuan telah menghantar seramai 4 orang wakil & 4 orang pemerhati pada mesyuarat yang lepas. Mesyuarat ini sebagai menunaikan tanggungjawab selaku ahli gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sembilan (PESAKA-NS) dan tanda kesediaan bagi kerjasama yang erat antara persatuan khususnya Cawangan Negeri Sembilan dengan lain-lain pertubuhan silat mahupun badan-badan bukan kerajaan yang lain.
Pada mesyuarat kali ini pihak persatuan diwakili oleh En Halim Bin Abdul Hamid, En Ismail Bin Alang, En Asmat Bin Katiman dan En Azrie Baqhtiar Bin Kamal Baharin. Manakala selaku pemerhati adalah En Zulraimizan Bin Abdul Shukor, En Rohaizad Bin Jamaluddin, En Nourlimaarof Bin Ramlee dan En Wan Ainul Ajahan Bin Wan Rushdan.
Harapan kami di Negeri Sembilan agar persilatan akan terus menjadi elemen penting dalam pendidikan generasi hari ini. Semoga idea-idea yang diperolehi dalam mesyuarat ini, dapat dimanfaatkan bagi memajukan Silat Cekak Hanafi khususnya.