Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan,
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan

Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia,

Nukilan: YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al Qadhi


Sunday, June 05, 2011

Sambutan Hari Belia Peringkat N9 2011


Pada 15 MAY 2011 bersamaan dengan hari AHAD yang lalu, telah diadakan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sembilan. Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Sembilan telah menghantar seramai 283 peserta. Persatuan ini telah menghantar peserta teramai berbanding dengan persatuan seni mempertahankan diri yang lain bagi menyokong Sambutan Hari Belia pada kali ini.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sembilan ini telah dimulakan dengan ucapan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Turut diselitkan gimik gerak tempur oleh pasukan Polis Diraja Malaysia. Kemudian diikuti dengan Perasmian oleh Menteri Besar.


(gimik oleh pasukan Polis Diraja Malaysia)

Kemudian sambutan belia diteruskan dengan Gerak 21 yang menggabungkan 21 gerak seni mempertahankan diri yang terdapat di Malaysia. Ini dilakukan oleh beberapa persatuan seni mempertahankan diri seperti Silat cekak pusaka ustaz hanafi, silambam, taekwondo, karate, dan sebagainya. Gerak ini dilakukan sebanyak dua kali. Setelah selesai, barulah setiap persatuan mempertahankan diri akan membuat gerak mengikut gaya masing-masing.

(latihan sebelum beraksi)

(Silat Gayong Fatani)


(Ving Chun)

(AJK yang menjaga booth PSSCPUH)

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Sembilan memulakan persembahan dengan Gerak Hanafi(pembukaan) dan diikuti dengan 4 kaedah. Kemudian buah jatuh, serangan tongkat, pisau dan kaki. Persembahan diteruskan dengan aksi lima serang satu, senaman tongkat dan serangan tongkat. Kemuncak bagi persembahan kali ini adalah gerakan sepasang lading dan serangan umum lading oleh En Halim Bin Abdul Hamid, En. Ismail bin Alang dan En Zulmi Bin Yaacob dan diakhiri dengan gerak penutup Hanafi.

(buah umum)

(5 serang 1-perempuan)

(5 serang 1-lelaki)

(sepasang tongkat)

(serangan umum)

(serangan tongkat)

(En Halim Bin Abdul Hamid dan En. Ismail bin Alan)

(sepasang lading)

(Gerak penutup)

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat.Semoga dengan penglibatan aktiviti sebegini akan dapat menambah bilangan ahli yang sedia ada dan memertabatkan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. Insyaalah......

(kenangan sebelum bersurai)