Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan,
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan

Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia,

Nukilan: YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi Al Qadhi


Friday, April 16, 2010

Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Silat Cekak Hanafi Cawangan N9

Pada 11 April 2010 bersamaan dengan hari Ahad, berlangsungnya satu Kejohanan Boling Tertutup Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan yang bertempat di Ampang Superbowl di Seremban Parade, Seremban. Ianya dianjurkan oleh Unit Sukan, Rekreasi & Insaniah dengan kerjasama dari Unit Kostum & Cenderamata Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Kejohanan ini yang bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan juga mengeratkan hubungan sesama ahli silat cekak hanafi di seluruh Negeri Sembilan.

Kejohanan ini telah disertai oleh 16 pasukan. Antara pasukan yang terlibat adalah dari SDAR, SMK Desa Cempaka Nilai, Kolej Mara Seremban, UiTM Negeri Sembilan, Pusat Latihan Gadong Jaya, Pusat Latihan Paroi dan Pusat Latihan Rembau. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli Silat Cekak Hanafi SMK Dato' Sheikh Ahmad, Sikamat yang hadir memberi bantuan kepada penganjur.

Kejohanan ini dirasmikan sendiri oleh Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan iaitu Encik Halim Bin Abdul Hamid. Hadiah kepada pemenang turut disampaikan oleh Encik Halim.

Senarai pemenang bagi kejohanan kali ini adalah seperti di bawah
  • Tempat Pertama : Sekolah Dato' Abdul Razak 1
  • Tempat Kedua : Pusat Latihan Gadong Jaya 1
  • Tempat Ketiga : Pusat Latihan Paroi 1
  • Jatuhan pin terbanyak : Saudara Mohamad Affandi Bin Othman (PL Gadong 1)

Adalah diharapkan, kejohanan ini dapat terus mengukuhkan hubungan dan perpaduan sesama ahli Silat Cekak Hanafi dan juga kepada keluarga yang memberi sokongan. Semoga ahli-ahli di seluruh bumi Negeri Sembilan akan bersemangat dalam persilatan dan juga menyertai & menyokong aktiviti yang dirangka oleh persatuan. Jom Silat!

Silat Cekak Hanafi ~ Satu Suara, Satu Hati ~

Thursday, April 08, 2010

Cekak Hanafi di Kolej KPJ


Pada 27 Mac 2010 telah berlangsung satu majlis Demonstrasi & Penerangan Silat Cekak Hanafi di Kolej KPJ Nilai. Majlis ini telah menarik perhatian warga KPJ tentang seni mempertahankan diri khususnya Silat Cekak Hanafi. Penerangan telah disampaikan oleh Ketua Perhubungan & Seranta Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, En Aminudin Bin Dahlan. Majlis ini juga adalah sempena pembukaan dan pengambilan ahli baru bagi kelas latihan Kolej KPJ ini.




Sekalung penghargaan kepada Encik Khairul Nizam Bin Kamarudin atas usaha untuk membuka kelas di Kolej KPJ. Juga penghargaan diucapkan atas kerjasama yanag diberikan oleh Skuad Demonstrasi dari Srikandi Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dan juga Skuad Demo Ibu Pejabat yang membantu menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk program-program yang lain pula.

p/s: Kepada sesiapa yang berminat mempelajari Silat Cekak Hanafi sila hubungi penama-penama di sebelah kanan blog ini. Jom Silat!